A Journey of Thousand Miles Begin With a Single Step -Unknown-

Friday, October 11, 2013

My Life with Gamelan Part II

  • Ini merupakan bahagian kedua mengenai gamelan iaitu lebih kepada aktiviti yang aku sertai berkenaan dengan instrumen yang amat unik ini..
  • Semasa semester satu di Unimas iaitu tahun 2010, aku mula-mula ikut buat persembahan gamelan time Pesta Konvo..memang meriah and nervous sebab orang ramai sangat datang. ye la, nama pun Pesta Konvo..bermula dari saat itu aku mula berhajat dan berniat untuk terus aktif dalam bermain gamelan.. \(^_^)/
  • Kat bawah ni gambar aktiviti gamelan yang aku ikuti, buat show la katakan..hehe.. Memori yang sangat sukar untuk dilupakan begitu sahaja..
    Yang ni waktu Pesta Konvo Unimas 2010, gambar bersama Jali (muka masa baru mencecah umur 20 tahun)

    Yang ni waktu Hari Ko-Kurikulum pada tahun 2011, gambar bersama ahli Ko-Qi Gamelan (semua yang kat depan tu nampak happy termasuk aku-rambut merah sebelah pulak tu.. )

    Ni pula waktu buat show di majlis kahwin yang diadakan di Pusat Islam Kuching pada tahun 2012

    Gambar ni pula semasa buat show di Kompleks Pelancongan Sarawak juga pada tahun 2012

    Ini masa buat show untuk majlis kahwin anak pensyarah FSGK yang diadakan di BDC..waktu ni semua busy tukar baju, sebab tu takda model kat gambar ni..hehe

    Yang ini pula show waktu Majlis Unimas Bersama Masyarakat yang juga diadakan di Kompleks Pelancongan Sarawak pada tahun 2012

    Ini yang paling special sebab waktu ni buat show masa majlis persandingan cucu kepada TYT Sarawak yang diadakan pada tahun 2012 bertempat di Astana. Gambar bersama Kak Zu, Jannah dan Syaza..

Thursday, October 10, 2013

My Life with Gamelan Part I

  • Kali ni pula cerita pasal alat muzik Gamelan..Gamelan ni sebenarnya berasal daripada Indonesia dan merupakan alat muzik tradisional bagi Indonesia. (Sumber: Wikipedia, Available at: http://en.wikipedia.org/wiki/Gamelan ) 
  • Di Unimas pun ada gamelan dan termasuk dalam Badan Budaya Unimas (BAYU)..Aku join gamelan ni semenjak tahun 2010 iaitu waktu tu semester 1, baru masuk Unimas, biasala..sifat ingin tahu tu amat kuat..
  • Ceritanya begini, kolej tempat aku tinggal terletak berdekatan dengan tempat menjalani aktiviti BAYU, so tiap kali lalu tempat tu bila hari Rabu, selalu la dengar bunyi alunan muzik yang sangat indah dan amat menarik perhatian..
  • Aku pun curi-curi tengok dan dengar setiap alunan muzik yang didendangkan, seriously, memang aku tertarik..so tau-tau la apa jadi..aku buat muka tebal dengan selamba masuk tempat tu dan duduk kat satu sudut..semua kat tempat tu adalah taiko-taiko atau lebih dikenali sebagai abang dan kakak senior.
  • Ada sorang senior, nama dia abang Pijin dan handle pasal gamelan, dia ajak main dan first instrumen yang aku main ialah bonang..aku nampak macam best je, so ku hentam je la duduk depan tu..then abang Pijin mentioned yang bonang tu paling susah nak dihandle sebab bertindak sebagai lead dalam sesuatu irama..aku blur, nak lari ke instrumen lain tapi abang Pijin x kasi..kes buli junior ni, suruh main bonang..haha..kalau tengok kat bawah ni, yang gong kecik-kecik tu, ha..tu la bonang..tapi tak perasan la jugak ada satu gong kecik takda..kat mana ye?
    Ni instrumen gamelan yang digunakan oleh BAYU, budak kecik tu hanya orang awam yang berminat nak tengok instrumen gamelan dengan lebih dekat.
     


Wednesday, October 9, 2013

Let's visit West Campus..


  • Entri ni pula lebih kepada gambar-gambar bangunan yang ada di kawasan Kampus Barat, Unimas..
# Gambar di bawah juga merupakan hasil "tangkapan" saya sendiri..tiada diambil daripada internet ^_^
  • Bangunan Canselori 


    DeTAR Putra iaitu dewan untuk menjalani istiadat konvokesyen para siswazah Unimas.. I'm one of them..hehe

    Ini adalah perpustakaan (library) tapi di Unimas tempat ini disebut sebagai CAIS (cara sebutan "KAIS") atau Centre for Academic and Information Services.

    Keadaan dalam CAIS yang luas dan bertingkat-tingkat..orang cakap macam shopping complex.. suka tengok buku yang beribu-ribu jumlahnya..

    "Membaca jambatan ilmu" -troli buku yang disediakan di tepi rak untuk meletakkan buku yang sudah digunakan dan staf CAIS akan meletakkan buku tersebut di tempat asal..

    Kawasan tempat meletak bas Unimas yang terletak di Kampus Timur

    Salah satu water tower yang terletak di hadapan Kolej Bunga Raya *mercu tanda*

    Student Pavilion yang menawarkan tempat makan yang pelbagai pilihan..kalau jalan kaki, guna laluan "Jambatan Cinta" yang juga merupakan mercu tanda Unimas.

Kampus Timur, Kampus Barat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

  • Pernah dengar nama Universiti Malaysia Sarawak tak? Universiti ini juga dikenali sebagai Unimas dan agak unik (bagi aku la..) kerana terdapat kampung di dalam universiti tersebut iaitu Kampung Sebayor. Unimas terletak di Kota Samarahan dan mempunyai dua kampus iaitu Kampus Timur (East Campus) dan Kampus Barat (West Campus)
  • Mula-mula aku mendaftar sebagai student Unimas, aku ditempatkan di Kampus Timur dan menjadi penghuni Kolej Seroja selama empat semester..semester kelima dan keenam menjadi penghuni Desa Ilmu..kenapa? biar aku je yang tau..hehe
  • Masa tu, Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan sedang dalam proses pembinaan di Kampus Barat, oleh itu kedua-dua fakulti ini masih lagi ditempatkan di Kampus Timur atau dikenali juga sebagai kampus lama. Bangunan di Kampus Timur kebanyakannya adalah bangunan kayu (ye la..nama pun dah kampus lama)
  • Aku suka sangat kat Kampus Timur sebab tak payah guna bas kalau nak pergi kuliah, jalan kaki je..5, 6 minit pun sampaila kat bilik kuliah, so tak la bangun awal sangat kalau kelas pagi jam 8..Tetapi malangnya pada tahun 2010, blok pensyarah dan tutor terbakar, mungkin sebab litar pintas..Kesian tengok pensyarah yang kehilangan bahan untuk mengajar..
  • Akhirnya pada tahun 2011, bangunan Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan akhirnya siap dibina di Kampus Barat dan bermula la episod menggunakan perkhidmatan bas untuk ke kelas yang mengambil masa perjalanan lebih daripada 15 minit..
# Semua gambar di bawah diambil dengan menggunakan handphone saya sendiri, bukan dari internet ^_^
Perkhidmatan bas Unimas

Kolej Seroja (Blok Perempuan)

Salah satu bangunan di kawasan Kampus Timur

Fakulti Sains Sosial di Kampus Barat (kini)

Keadaan bangunan pensyarah yang hangus pada tahun 2010

Monday, October 7, 2013

My new blog..!


  • Hello there..this is my new blog..I can't remember my password for my past blog (pelupa..!) malas sudah mau recover balik password untuk blog lama, mungkin ada sebab perkara sebegitu terjadi T.T
  • Btw, let's start a new blog..yeayy..!!