- Pernah dengar nama Universiti Malaysia Sarawak tak? Universiti ini juga dikenali sebagai Unimas dan agak unik (bagi aku la..) kerana terdapat kampung di dalam universiti tersebut iaitu Kampung Sebayor. Unimas terletak di Kota Samarahan dan mempunyai dua kampus iaitu Kampus Timur (East Campus) dan Kampus Barat (West Campus)
- Mula-mula aku mendaftar sebagai student Unimas, aku ditempatkan di Kampus Timur dan menjadi penghuni Kolej Seroja selama empat semester..semester kelima dan keenam menjadi penghuni Desa Ilmu..kenapa? biar aku je yang tau..hehe
- Masa tu, Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan sedang dalam proses pembinaan di Kampus Barat, oleh itu kedua-dua fakulti ini masih lagi ditempatkan di Kampus Timur atau dikenali juga sebagai kampus lama. Bangunan di Kampus Timur kebanyakannya adalah bangunan kayu (ye la..nama pun dah kampus lama)
- Aku suka sangat kat Kampus Timur sebab tak payah guna bas kalau nak pergi kuliah, jalan kaki je..5, 6 minit pun sampaila kat bilik kuliah, so tak la bangun awal sangat kalau kelas pagi jam 8..Tetapi malangnya pada tahun 2010, blok pensyarah dan tutor terbakar, mungkin sebab litar pintas..Kesian tengok pensyarah yang kehilangan bahan untuk mengajar..
- Akhirnya pada tahun 2011, bangunan Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan akhirnya siap dibina di Kampus Barat dan bermula la episod menggunakan perkhidmatan bas untuk ke kelas yang mengambil masa perjalanan lebih daripada 15 minit..
# Semua gambar di bawah diambil dengan menggunakan handphone saya sendiri, bukan dari internet ^_^
|
Perkhidmatan bas Unimas |
|
Kolej Seroja (Blok Perempuan) |
|
Salah satu bangunan di kawasan Kampus Timur |
|
Fakulti Sains Sosial di Kampus Barat (kini) |
|
Keadaan bangunan pensyarah yang hangus pada tahun 2010 |
Wow...mana nak tahu lokasi bayu dekat kampus timur?
ReplyDelete