A Journey of Thousand Miles Begin With a Single Step -Unknown-

Thursday, October 10, 2013

My Life with Gamelan Part I

  • Kali ni pula cerita pasal alat muzik Gamelan..Gamelan ni sebenarnya berasal daripada Indonesia dan merupakan alat muzik tradisional bagi Indonesia. (Sumber: Wikipedia, Available at: http://en.wikipedia.org/wiki/Gamelan ) 
  • Di Unimas pun ada gamelan dan termasuk dalam Badan Budaya Unimas (BAYU)..Aku join gamelan ni semenjak tahun 2010 iaitu waktu tu semester 1, baru masuk Unimas, biasala..sifat ingin tahu tu amat kuat..
  • Ceritanya begini, kolej tempat aku tinggal terletak berdekatan dengan tempat menjalani aktiviti BAYU, so tiap kali lalu tempat tu bila hari Rabu, selalu la dengar bunyi alunan muzik yang sangat indah dan amat menarik perhatian..
  • Aku pun curi-curi tengok dan dengar setiap alunan muzik yang didendangkan, seriously, memang aku tertarik..so tau-tau la apa jadi..aku buat muka tebal dengan selamba masuk tempat tu dan duduk kat satu sudut..semua kat tempat tu adalah taiko-taiko atau lebih dikenali sebagai abang dan kakak senior.
  • Ada sorang senior, nama dia abang Pijin dan handle pasal gamelan, dia ajak main dan first instrumen yang aku main ialah bonang..aku nampak macam best je, so ku hentam je la duduk depan tu..then abang Pijin mentioned yang bonang tu paling susah nak dihandle sebab bertindak sebagai lead dalam sesuatu irama..aku blur, nak lari ke instrumen lain tapi abang Pijin x kasi..kes buli junior ni, suruh main bonang..haha..kalau tengok kat bawah ni, yang gong kecik-kecik tu, ha..tu la bonang..tapi tak perasan la jugak ada satu gong kecik takda..kat mana ye?
    Ni instrumen gamelan yang digunakan oleh BAYU, budak kecik tu hanya orang awam yang berminat nak tengok instrumen gamelan dengan lebih dekat.
     


No comments:

Post a Comment